Sunday, August 3, 2008

Rukun Solat Fardhu

Rukun Solat

1. Niat
2. Takbiratul ihram
3. Berdiri betul bagi yang berkuasa
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Rukuk serta toma'ninah
6. I'tidal serta toma'ninah
7. Sujud serta toma'ninah


8. Duduk antara dua sujud serta toma'ninah




9. Duduk ketika membaca tahiyyat akhir
10. Membaca tahiyyat akhir



11. Membaca selawat ke atas Nabi
12. Mengucap salam yang pertama
13. Tertib

Sunat Ab'ad

1. Membaca tasyahud awal
2. Duduk membaca tasyahud awal
3. Selawat ke atas nabi selepas tasyahud awal
4. Selawat ke atas keluarga nabi selepas tasyahud akhir
5. Membaca qunut
6. Berdiri ketika membaca qunut
7. Selawat ke atas nabi sesudah membaca qunut
8. Selawat ke atas keluarga nabi sesudah membaca qunut

*Perhatian : Jika tertinggal tidak membatalkan solat tetapi sunat diganti dengan sujud sahwi sebelum memberi salam.

Sunat Haiah

1. Mengangkat tangan ke telinga ketika takbiratul ihram
2. Meletakkan tapak tangan kanan di atas tangan kiri
3. Membaca doa iftitah
4. Membaca ta'awwuz sebelum membaca al-Fatihah
5. Diam sebentar sebelum dan selepas membaca al-Fatihah
6. Membaca 'aamin' selepas membaca al-Fatihah
7. Membaca mana-mana ayat al-Quran selepas membaca al-Fatihah
8. Mengucap takbir ketika hendak rukuk
9. Membaca “سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَة “ ketika berdiri selepas rukuk
10. Membaca tasbih ketika rukuk
11. Membaca tasbih ketika sujud
12. Membaca doa ketika duduk antara dua sujud
13. Berpaling muka ke kanan ketika memberi salam pertama dan ke kiri ketika memberi salam kedua

1 comment:

blackssweet said...

salam ...


saya na mtk izin share ape yg ustaz pos nie yer